Alam sekitar
Alam sekitar amat diperlukan oleh manusia untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna. Penciptaan alam sekitar mewujudkan keseimbangan sistem ekologi. Air, udara, tanah, haiwan dan tumbuh-tumbuhan merupakan antara sumber-sumber penting untuk meneruskan kehidupan. Banyak isu-isu alam sekitar seperti isu pemanasan global, pencemaran air, banjir kilat, dan lain-lain membelenggu masyarakat dunia masa kini. Isu-isu ini dapat ditangani sekiranya semua pihak mengetahui kepentingan alam sekitar dan cara mengurus alam sekitar yang mana bertepatan dengan fitrah alam semulajadi penciptaan.
Rasulullah s.a.w merupakan qudwah hasanah kepada kita. Rasulullah turut mengajarkan kita tentang cara-cara untuk menjaga alam sekitar.
1. Air
Air merupakan merupakan sumber makanan dan minuman yang penting kepada manusia, haiwan dan tumbuhan. Hadith-hadith berikut menerangkan antara amalan yang perlu dipratikkan untuk menjaga kebersihan air.
وحدثني زهير ابن حرب، حدثنا جرير عن هشام عن ابن سيرين عن أبي هريرة، عن النبي صلى الله عليه وسلم، قال: لا يبولن أحدكم في الماء الدائم ثم يغتسل منه.
“Janganlah ada dalam kalangan kamu membuang air kecil di dalam air yang tenang kemudian mandi dengan air tersebut.” (HR Imam Muslim)
( الراوي: أبو هريرة، المحدث: مسلم، المصدر: صحيح مسلم، كتاب الطهارة في باب النهي عن البول في الماء الراكد، الرقم: 282، خلاصة حكم المحدث: صحيح )
حدثنا نصر ابن علي الجهضمي وحامد ابن عمر البكراوي، قال: حدثنا بشر ابن المفضل، عن خالد، عننن عبد الله ابن شقيييق، عن أبي هريرة، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إذا استيقظ أحدكم من نومه ، فلا يغمس يده في الإناء حتى يغسلها ثلاثا . فإنه لا يدري أين باتت يده.
“Apabila salah seorang di antara kamu bangkit dari tidurnya, janganlah dia mencelupkan tangannya ke dalam bekas air sebelum membasuhnya terlebih dahulu sebanyak tiga kali kerana dia tidak tahu dimanakah tangannya diletakkan ketika tidur.” (HR Imam Muslim)
الراوي: أبو هريرة، المحدث: مسلم، المصدر: صحيح مسلم، كتاب الطهارة في باب كراهة غمس المتوضئ وغيره يده المشكوك في نجاستها في الإناء قبل عسلها ثلاثا، الصفحة: 134
خلاصة حكم المحدث: صحيح.
خلاصة حكم المحدث: صحيح.
Hadith ini juga terdapat dalam Sunan Abi Daud, kitab thoharah bab 49; Sunan al-Tirmizi, kitab thoharah bab 19; dan beberapa kitab lain.
2. Udara
Udara amat diperlukan manusia untuk bernafas. Namun melalui udara, pelbagai penyakit akan tersebar jika kita tidak menjaga alam sekitar dengan sebaik-baiknya. Terdapat beberapa kaedah yang dianjurkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w kepada umatnya. Antaranya, hadith yang menyarankan agar mereka yang bersin menutup mukanya bagi mengelakkan berlaku pencemaran yang boleh menyakiti orang lain.
Untuk mencegah penyebaran penyakit menerusi udara, terdapat kaedah perubatan masa kini yang bertepatan dengan kaedah yang digariskan oleh Rasulullah iaitu sesorang tidak boleh menghampiri pesakit dan menghampiri kawasan yang dilanda penyakit merebak.
حدثنا حفص بن عمر: حدثنا شعبة قال: أخبرني حبيب بن أبي ثابت قال: سمعت إبراهيم بن سعد قال: سمعت أسامة بن زيد يحدث سعدا، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((إذا سمعتم بالطاعون بأرض فلا تدخلوها، وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تخرجوا منها)) فقلت: أنت سمعته يحدث سعدا ولا ينكره؟ قال: نعم.
“Jika kalian mendengar ada wabak penyakit menyerang suatu daerah, maka janganlah kalian masuk ke sana dan jika wabak itu menimpa suatu daerah sedang kalian berada di sana maka janganlah kalian keluar melarikan diri daripadanya.” (HR Imam Bukhari)
الراوي: أسامة بن زيد، المحدث: البخاري، المصدر: صحيح البخاري، كتاب الطب في باب ما يذكر في الطاعون، الرقم: 5128، خلاصة حكم المحدث: صحيح
Oleh itu, berdasarkan kaedah yang terdapat dalam hadith tersebut memberikan kesan positif dalam menangani masalah penularan penyakit berjangkit.
3. Tanah
Pengurusan tanah yang baik akan memberikan kita persekitaran dan tempat tinggal yang selamat untuk didiami. Kita dituntut menjaga kebersihan persekitaran kita.
إن الله طيب يحب الطيب نظيف يحب النظافة كريم يحب الكرم جواد يحب الجود فنظفوا أراه قال أفنيتكم ولا تشبهوا باليهود.
“Sesungguhnya Allah s.w.t adalah baik dan menyukai kebaikan; bersih dan menyukai kebersihan, murah hati dan menyukai kemurahan hati; dermawan dan sangat suka kepada kedermawan. Maka bersihkanlah halaman rumahmu dan jangan meniru orang Yahudi” (HR Imam Muslim)
الراوي: سعد بن أبي وقاص، المحدث: الترمذي، كتاب الأدب، المصدر: سنن الترمذي، الرقم: 2799
خلاصة حكم المحدث: غريب [فيه] خالد بن إلياس يضعف.
خلاصة حكم المحدث: غريب [فيه] خالد بن إلياس يضعف.
4. Haiwan
إن الله كتب الإحسان على كل شيء. فإذا قتلتم فأحسنوا القتلة. وإذا ذبحتم فأحسنوا الذبح. وليحد أحدكم شفرته. فليرح ذبيحته
“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan atas tiap-tiap sesuatu. Apabila kamu membunuh, maka elokkanlah penyembelihan. Dan hendaklah seorang kamu menajamkan mata pisaunya dan hendaklah ia melapangkan binatang sembelihannya.” (HR Imam Muslim)
الراوي: شداد بن أوس، المحدث: مسلم، المصدر: صحيح مسلم، كتاب الصيد والذبائح في الباب الأمر بإحسان الذبح والقتل والتهديد الشفرة، الرقم: 1955، خلاصة حكم المحدث: صحيح
Semasa proses penyembelihan, umat Islam disuruh melakukannya jauh dari pandangan haiwan lain. Ini bertujuan untuk melatih manusia menghormati dan menghargai sesuatu jiwa. Ia tidak boleh dikasari atau dipukul malahan perlu diberi layanan yang baik.
5. Tumbuhan
Kelangsungan hidup manusia bergantung kepada tanaman dan pokok yang menjadi sumber makanannya. Malah, pokok dan tumbuhan banyak memberi manfaat kepada manusia antaranya berfungsi sebagai penahan banjir dan mengelakkan kejadian tanah runtuh. Justeru, saranan untuk memperbanyakkan penanaman pokok sebagai kempen menghijaukan bumi amat tepat untuk member kesedaran kepada manusia. Saranan untuk menanam pokok telah lama dipratikkan pada zaman Rasulullah. Sabda Rasulullah s.a.w:
ما من مسلم يغرس غرسا أو يزرع زرعا ، فيأكل منه طير ، أو إنسان ، أو بهيمة ، إلا كان له به صدقة
“Sesiapa daripada orang muslim yang menanam tanam-tanaman dan hasilnya dimakan oleh burung atau manusia ataupun binatang maka baginya mendapat pahala sedekah.” (HR Imam Bukhari)
الراوي: أنس بن مالك، المحدث: البخاري، المصدر: صحيح البخاري، كتاب الحرث والمزارعة في باب الفضل الزرع والغرس إذا أكل منه، الرقم: 2320، خلاصة حكم المحدث: صحيح
Penutup
Kesimpulannya, alam sekitar merupakan anugerah Allah SWT kepada manusia yang harus dijaga sebaik mungkin. Hadith-hadith menunujukkan penekanan Rasulullah s.a.w dan ihtimam baginda terhadap pengurusan alam sekitar. Pelbagai aspek dititik beratkan meliputi aspek pencegahan, pengawalan dan juga pemuliharaan alam sekitar daripada terus tercemar. Terdapat juga nilai-nilai seperti ihsan, kasih sayang, bertimbang rasa, menjaga kebersihan perlu diterapkan dan dipupuk sepanjang proses pengurusan alam sekitar ini. Setiap individu perlu mempunyai kesedaran tentang kepentingan alam sekitar ini. Semua pihak perlu bersama-sama mengembeling tenaga dalam usaha mewujudkan dan melahirkan manusia yang beradab yang mampu menguruskan alam sekitar dengan berhikmat.
“Kita sayang Alam, Allah sayang Kita”